Tuesday, August 20, 2019

UNDANG UNDANG PERMAINAN BADMINTON

PERMULAAN PERMAINAN BADMINTON
  • Membuat undian sebelum memulakan permainan. Bulu tangkis atau syiling boleh digunakan. 
  • Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak           gelanggang
  • Pemain yang kalah akan menerima pilihan tersebut



SISTEM PENGIRAAN MATA

 → Sistem pengiraan mata dalam permainan biasanya ialah 21 mata rali (The Best of Three Games)



 → Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. 



 → Perbezaan 2 mata akhir diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan diteruskan sehingga mata 29-29. Pemain pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. 



 →  Servis akan dilakukan disebelah kanan jika pemain mendapat mata genap dan disebelah kiri sekiranya mata ganjil.

MASA REHAT

⧭ Rehat selama 60 saat sekiranya mata rali mencapai 11 mata rali 



⧭ Rehat antara perlawanan(game) selama dua minit apabila perlawanan tamat. 



⧭ Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) 




⧭ Servis dilakukan setelah penerima dalam keadaan sedia.

SERVICE BATAL .

⃕Bulu tangkis disentuh atau tersentuh oleh rakan 

⃕Bulu tangkis melepasi bawah tangkis. 

⃕Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket. 

⃕Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut. 

⃕ Bulu tangkis tersangkut di jaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis

SERVIS SEMULA (LET)

 ⌂Penerima belum bersedia. 



 ⌂Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak. 



 ⌂Bulu tangkis melekat di jaring selepas melepasi jaring. 



 ⌂Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut. 



 ⌂ Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan. 




 ⌂Pemain tidak dapat membuat keputusan.

                                                                 LARANGAN UNTUK PEMAIN



  • Sengaja melambatkan permainan. 
  • Merosakkan atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
  • Memijak garis semasa membuat servis, menyentuh jaring atau pemain menyentuh papan iklan. 
  • Berlaku kasar.  
  • Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

No comments:

Post a Comment