PERMULAAN PERMAINAN BADMINTON
- Membuat undian sebelum memulakan permainan. Bulu tangkis atau syiling boleh digunakan.
- Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang
- Pemain yang kalah akan menerima pilihan tersebut
SISTEM PENGIRAAN MATA
→ Sistem pengiraan mata dalam permainan biasanya ialah 21 mata rali (The Best of Three Games)
→ Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
→ Perbezaan 2 mata akhir diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan diteruskan sehingga mata 29-29. Pemain pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
→ Servis akan dilakukan disebelah kanan jika pemain mendapat mata genap dan disebelah kiri sekiranya mata ganjil.
MASA REHAT
⧭ Rehat selama 60 saat sekiranya mata rali mencapai 11 mata rali
⧭ Rehat antara perlawanan(game) selama dua minit apabila perlawanan tamat.
⧭ Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
⧭ Servis dilakukan setelah penerima dalam keadaan sedia.
SERVICE BATAL .
⃕Bulu tangkis disentuh atau tersentuh oleh rakan
⃕Bulu tangkis melepasi bawah tangkis.
⃕Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
⃕Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut.
⃕ Bulu tangkis tersangkut di jaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis
SERVIS SEMULA (LET)
⌂Penerima belum bersedia.
⌂Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
⌂Bulu tangkis melekat di jaring selepas melepasi jaring.
⌂Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
⌂ Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
⌂Pemain tidak dapat membuat keputusan.
LARANGAN UNTUK PEMAIN
- Sengaja melambatkan permainan.
- Merosakkan atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
- Memijak garis semasa membuat servis, menyentuh jaring atau pemain menyentuh papan iklan.
- Berlaku kasar.
- Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.